TELCO & Post Shoppe Padang Serai di Taman Lagenda telah dibuka untuk tempoh percubaan bermula 1 Mac 2010. Buat sementara waktu ini ianya dibuka setiap hari dan waktu urusniaga hanya bermula pada sebelah malam sahaja iaitu jam 8.30 mlm - 12.00 tgh malam. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah:
* Perkhidmatan Pos - Pos Laju, Pos Ekspress, Penghantaran barang Antarabangsa, Setem
* Perkhidmatan Pembayaran Bil Utiliti - Bil air P.Pinang dan Kedah, Bil TNB, Bil ASTRO, Bil TELEKOM, CELCOM, DIGI, MAXIS
* Permohonan Kad Kredit AMBANK
* Pinjaman Peribadi Bank Al-Rajhi